Posts

Percaya Diri

Image
Hidup ini adalah tentang kepercayaan.  Percaya yang menjadikan diri kita itu adalah kita. Hatta, sesuatu yang kita tidak mampu untuk gapai pun akan kita capai sekiranya kita yakin dengan diri sendiri. Cepat atau  lambat itu tergantung bagaimana kita berserah kepada Yang Maha-Mendengar.  Aku bersyukur menjadi Shafik yang tidak pernah menyalahkan takdir. Sungguhpun Tuhan meletakkannya di posisi terendah, membesar jadi kanak-kanak yang tidak pernah ada apa yang dimahukannya.  Perihal itu yang menjadikan siapa aku hari ini. Tidak pernah meminta-minta kerana tahu apa maknanya ‘KITA TIADA’. Kalau aku ceritakan pada siapa pun, mana mungkin ada yang percaya. Aku tenggelam dalam rasa hingga tiada siapa mampu menyelaminya. Menyedihkan tapi aku melaluinya sebagai aku. Aku bangga aku pernah menjalani suatu kehidupan yang tidak akan pernah terbangkan oleh siapa pun.  Aku masih syukur masih ada tempat untuk kami berteduh walau  adakalanya titisannya memasuki ruang-ruang teratak usang kami. Aku masih

Dari Switzerland, Germany hingga ke Milan

Image
Inilah ceritaku yang cuba mencari ketenangan. Hasratku membawa diri keluar dari semua kekusutan, akhirnya menerbangkan aku ke tempat yang aku fikir 'terpaling healing ' di dunia, rupanya lokasi percutian termahal di abad ini. haha Mari aku ceritakan bagaimana kisahnya bermula. Memandangkan aku bekerja sebagai seorang cabin crew  di AirAsia, aku ada advantage untuk terbang ke mana-mana Airasia Station dengan harga diskaun. Jadi aku pun mulakan misi aku cari tiket untuk terbang ke Switzerland secara hybrid . Tapi sebelum itu, aku pilih Swiss sebab ada Kak Tasha, kakak angkat aku sama-sama fly 9 tahun lepas. Memandangkan aku pun membawa bersama hati yang rawan, aku pun bagitau kak Tasha aku berhasrat untuk melawat dia dekat Swiss, dia pun tersangatlah excited untuk buat preparation.  Jadi berbalik kepada cerita misi tadi, aku cuba cari tiket penerbangan ke Zurich, Swiss yang termurah ada di negara mana ( Asian Country yang ada station Airasia). Jadi aku cuba cari dari Kuala L

Keajaiban Cairo, Egypt

Image
Aku terbang ke Cairo Egypt dari King Abdulaziz International Airport. Walaupun perjalanan aku ke Egypt ni sebenarnya adalah unplanned , tapi Egypt ni mmg #BUCKETLIST aku sejak sekian lama. Teringin nak tengok sendiri #TheRealMummy #GizaPiramid #Sphix tu depan mata. Sblm ni semua benda tengok dekat buku sejarah dan movie, teringinlah witness sendiri di mana bermulanya sejarah peradaban manusia. Ini kali ke dua aku cuba jadi #SoloTraveller , menjejakkan kaki ke Egypt lepas selesaikan umrah ke dua pada bulan November 2022. Plan asal aku mahu stay dekat Madinah extra seminggu. Memandangkan hotel-hotel semua mahal sbb masa tu World Cup dekat Doha, aku pun cuba la cari-cari ticket murah yang membolehkan aku keluar dari Madinah.  Cari punya cari, masa tu pergi Egypt lah yang paling termurah selain Jordan, Dubai dll. Harga untuk dua hala perjalanan dari King Abdulaziz Int Airport ke Cairo Egypt dengan Egypt Air adalah RM1600. Masa dekat Mekah dan Madinah tu lah mula buat research pasal Cairo

Beranilah Ketika Kehilangan.

Kehilangan adalah suatu hal yang menyakitkan. Tapi setiap kali kita merasa kehilangan, kita mendidik hati kita untuk lebih kuat, kuat menerima setiap kenyataan; bahawa tidak ada hal yang kekal di dunia ini. Kehilangan adalah suatu kesakitan yang tidak pernah akan kita terbayangkan, apa bila hati kita tulus, hati kita benar-benar ikhlas. Kehilangan yang akan mengajarkan kita untuk terus cekal dan sabar. Ketahuilah hidup ini hanyalah persinggahan. Setiap yang ada dalam hidup kita sifatnya sementara samada material atau segala bentuk rasa seperti kegembiraan atau kesedihan semuanya adalah sementara. Bagaimana kita melaluinya itu adalah bezanya.  Misalnya, dengan cara apa kita menghargai siapa pun yang hadir dalam hidup kita, sehingga satu masa kita akan kehilangannya. Apapun cabaran yang harus kita hadapi, kekuatan diri kita sendiri yang menentukan sejauh mana kita melawan segala kesakitan yang kita rasai.  Hidup ini adakalanya memenatkan. Kita memaksa diri kita untuk menjadi kuat ketika

Setelah Kepergianmu

Aku lepaskan dirimu pergi ketika aku masih perlu, ketika aku masih ingin kau memeluk diriku sama seperti dulu. Ada ketika aku ralat menghadapi cabaran-cabaran kehidupanku. Kini aku bersendiri, sedang berusaha menerima setiap kenyataan. Ketika aku berserah sepenuhnya kepada takdir yang mempertemukan dan memisahkan kita, aku dibelenggu satu perasaan. Perasaan yang menenggelamkan aku dalam suatu kenyataan yang menyakitkan. Rupanya aku kehilanganmu ketika aku belum pun bersedia.  Masa terus berlalu, aku tetap sendiri. Aku masih mencari diriku yang pergi bersama cintaku yang hilang. Adakalanya aku tanya pada diri, inikah harga yang harus aku bayar untuk setiap kesetiaan dan ketulusan cinta yang aku curahkan. Kesakitan yang tidak tertahan.  Aku tidak pernah terfikir cinta ini akan membunuhku begini kejamnya. Aku hilang daya untuk terus melawan walaupun aku berusaha bertahan. Tetap menikamku dari dalam.  Aku pergi, aku putus asa. Aku sedar ini bukan apa yang hati kita mahukan, tapi takdir tid

8 Hari Menjadi Tetamu Allah

Image
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dengan limpah kurnianya Shafik selesai mengerjakan umrah buat pertama kalinya. Sejujurnya, Shafik tidak merancang sejauh ini pada usia 27 tahun, keinginan itu ada tapi belum mampu. Tetapi inilah, apabila Allah mengkehendaki sesuatu, kita tidak dapat menghalangnya. Shafik menganggap ini sebagai satu hidayah dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah dengan penuh pengajaran. Allah menjadikan sesuatu tidak sia-sia, sesuatu yang berlaku itu dengan sebab-sebabnya yang tersendiri. Allah begitu berhikmah menunjukkan kekuasaan serta kebesarannya. Harapan Shafik semoga ibadah yang sudah Shafik lakukan ini diterima Allah dan mengharapkan terus hidayah dan petunjuk daripada Allah sehingga ke akhir hayat dan dimatikan kelak dalam iman. Kita ini manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari melakukan salah dan dosa. Tetapi Allah itu sifat-Nya Maha-pengampun. Pastinya, kita mengharapkan keradaan Allah sepanjang masa dan tidak kira di mana juga kita berada.