Keajaiban Cairo, Egypt
Aku terbang ke Cairo Egypt dari King Abdulaziz International Airport. Walaupun perjalanan aku ke Egypt ni sebenarnya adalah unplanned, tapi Egypt ni mmg #BUCKETLIST aku sejak sekian lama. Teringin nak tengok sendiri #TheRealMummy #GizaPiramid #Sphix tu depan mata. Sblm ni semua benda tengok dekat buku sejarah dan movie, teringinlah witness sendiri di mana bermulanya sejarah peradaban manusia.
Ini kali ke dua aku cuba jadi #SoloTraveller , menjejakkan kaki ke Egypt lepas selesaikan umrah ke dua pada bulan November 2022. Plan asal aku mahu stay dekat Madinah extra seminggu. Memandangkan hotel-hotel semua mahal sbb masa tu World Cup dekat Doha, aku pun cuba la cari-cari ticket murah yang membolehkan aku keluar dari Madinah.
Cari punya cari, masa tu pergi Egypt lah yang paling termurah selain Jordan, Dubai dll. Harga untuk dua hala perjalanan dari King Abdulaziz Int Airport ke Cairo Egypt dengan Egypt Air adalah RM1600. Masa dekat Mekah dan Madinah tu lah mula buat research pasal Cairo Egypt. Egypt ni adalah sebuah tempat yang magnificent tapi cerita scam dekat Cairo ni terlalu banyak dan hampir semua info travel dekat Cairo memang cakap betapa hebatnya scammers dekat sana.
Tapi dah lama teringin nak datang sana. Usaha jugalah cari saudara-mara yang pernah study dekat Cairo. Manalah tahu masih ada kawan-kawan masih menetap dekat sana boleh bantu. Syukur, dapatlah juga contact dua orang Malaysian yang tengah study dan menetap lama dekat Cairo iaitu Baihaqi dan Jalal, Alhamdulillah legalah sikit rasa sebab kami pun sudah setuju untuk set masa dan hari yang aku perlukan khidmat mereka di sana nanti. Masa tu mmg best jugalah datang sbb matawang Egyptian Pound agak rendah dibandingkan Ringgit, RM1 = 6 Egyptian Pound.
Perjalanan pun bermula, masa dekat Egypt transport untuk sampai ke hotel ialah Uber. Jadi agak mudahlah sbrnya, cuma kena hati-hatilah sbb di luar airport pun scammer sudah mula bertindak. Pemandu teksi minta sampai USD200 utk perjalanan sehala terus ke hotel. Walhal, Uber App untuk perjalanan sama tidak lebih RM20 dari Cairo Airport Seasonal Terminal ke Cairo Old Downtown. Jadi untuk elak Arab-arab ni scam kita, kita kena firm sikit sebab dorang ni suka paksa. Cakap dengan jelas dan tegas "It's okay, I dont want, I have friend to pick me up".
Lepas buat research aku decide untuk stay dekat Meramees Hotel sebab lokasi hotel ini yang sangat strategik di centre Kota Lama Cairo. Hotel ini adalah hotel lama bersebelahan masjid api cukup selesa dan sangat murah, rate semalam adalam sekitar RM70 sahaja. Masih menggunakan lift tertua (mungkin lift dari zaman 50-60an) dan Apapun, keadaan hotel-hotel di Egypt nothing much to expect. Cukup sekadar tempat selesa, bersih dan boleh dijadikan tempat untuk berehat sahaja.
7 hari luar biasa, pengalaman yang hebat dan pengalaman ni memang tidak akan aku lupakan. Cairo Egypt ni memang satu tempat yang luar biasa, ada banyak keajaiban dunia berlaku di sini, terlihat jelas peralihan ketamadunan manusia dibumi Mesir ini. Negara ini banyak memberi aku pengetahuan tentang sejarah ketamadunan manusia, sejarah perkembangan perkembangan Islam, kisah nasi-nabi dan para sahabat, majid-masjid bersejarah serta bangunan-bangunan lama yang masih dikekalkan struktur bangunannya.
Hari pertama aku berada di Cairo, tempat pertama yang aku paling excited untuk pergi adalah Giza Piramid yang dibina oleh Firaun Khufu, firaun inilah yang terlibat dengan Nabi Musa (maklumat lanjut boleh google). Lokasi ini adalah lokasi tumpuan banyak pelancong dari pelbagai negara sebab Piramid Giza ini adalah The Seven Wonders of the Ancient World. Di lokasi ini orang ramai berpusu-pusu untuk membeli entrance ticket, kebetulan juga banyak pengunjung datang dari kalangan kanak-kanak remaja Egypt kerana cuti sekolah ketika itu. Bagi memastikan aku menikmati perjalanan padang pasir di sekitar Piramid Giza, aku memilih untuk berjalan kaki disepanjang kawasan Giza. Tapi kita boleh memilih untuk go around dengan unta atau kuda padang pasir.
Satu lagi tempat wajid kena datang ialah The National Museum of Egyptian Civilization. Setiap tingkat di muzeum ini menggambarkan peralihan zaman yang berlaku di Egypt, dari zaman purba hingga ke zaman moden. Lebih mengkagumkan, museum ni membolehkan kita menyaksikan mummia secara real. Dari Firaun paling terkenal di dalam buku sejarah, hinggalah ke keturunan-keturunan firaun seperti Amenhotep, Thutmose dan isteri-isterinya seperti Ahmose-Nefertari telah dimumiakan bertahun-tahun lamanya berserta artifak-artifak yang digunakan mereka dari zaman purba. Aku kagum melihat apa yang dipamerkan di muzeum ini sebab aku berpeluang untuk melihat semuanya dengan lebih dekat berbanding sekadar di dalam buku sejarah, movie atau dokumentari.
Hari yang berikutnya, aku teruskan perjalanan aku ke Alexandaria atau Kaherah. Aku ditemani @baibensam dan perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam. Kami telah bergerak seawal 4 pagi dengan menaiki bas mini untuk sampai ke sana, menurut Baihaqi, kami boleh menjimatkan masa perjalanan dengan mini bas berbanding train.
sedikit ringkasan berkenaan Alexandaria, Alex dibangunkan di sepanjang Mediterranian oleh tokoh Islam terkenal Alexander The Great. Keindahan Alex ni tidak dapat dinafikan, bandar yang maju dan dibangunkan dengan tersusun. Masjid-masjid zaman kegemilangan Islam masih lagi dikekalkan dan sebahagiannya menempatkan makam para sahabat dan cucu baginda Rasulullah, terdapat juga benteng-benteng pertahanan zaman kegemilangan Islam yang masih lagi dikekalkan struktur binaannya.
Sepanjang ada di Cairo, banyak sebenarnya pengalaman-pengalaman yang tidak dpt aku dilupakan. Mungkin sedikit-sebanyak ada hal-hal yang negatif berlaku tidak seperti yang aku jangkakan, tapi aku fikir ada banyak perihal-perihal baik yang boleh aku ambil sebagai pengajaran dan hikmah untuk aku pelajari. Aku percaya, setiap yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya. Aku bersyukur kerana Allah takdirkan aku bertemu dengan orang-orang baik dan dapat memberikan aku banyak ilmu serta pengalaman bermakna.
Instagram : @shafikgoliaman
Comments
Post a Comment