Percaya Diri
Hidup ini adalah tentang kepercayaan. Percaya yang menjadikan diri kita itu adalah kita. Hatta, sesuatu yang kita tidak mampu untuk gapai pun akan kita capai sekiranya kita yakin dengan diri sendiri. Cepat atau lambat itu tergantung bagaimana kita berserah kepada Yang Maha-Mendengar. Aku bersyukur menjadi Shafik yang tidak pernah menyalahkan takdir. Sungguhpun Tuhan meletakkannya di posisi terendah, membesar jadi kanak-kanak yang tidak pernah ada apa yang dimahukannya. Perihal itu yang menjadikan siapa aku hari ini. Tidak pernah meminta-minta kerana tahu apa maknanya ‘KITA TIADA’. Kalau aku ceritakan pada siapa pun, mana mungkin ada yang percaya. Aku tenggelam dalam rasa hingga tiada siapa mampu menyelaminya. Menyedihkan tapi aku melaluinya sebagai aku. Aku bangga aku pernah menjalani suatu kehidupan yang tidak akan pernah terbangkan oleh siapa pun. Aku masih syukur masih ada tempat untuk kami berteduh walau adakalanya titisannya memasuki ruang-ruang ...