Naik tuk-tuk di Bangkok.
Salam semua,
Di dalam pengkongsian kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda pengalaman 4 hari 3 malam di kota metropolis Bangkok, Thailand. Perjalanan dengan persiapan ringkas dan saya hanya menetapkan beberapa matlamat untuk berkunjung ke kotaraya Bangkok. Pertama saya ingin melawat ke mana-mana temple yang menarik di Bangkok. Kedua, saya ingin merasai sendiri pengalaman berada di atas boat menyaksikan urusan membeli-belah dilakukan di floating market.
Syukur alhamdulillah, peluang berada di Bangkok tidak disia-siakan. Apa yang dihajati berjaya di lunaskan. Bagi pengetahuan anda semua, pengembaraan kali ini saya ditemani oleh 3 orang gadis-gadis cantik di bawah bayu dan seorang abang handsome jauh terbang dari bumi kenyalang. Hehe Pengalaman ini cukup bermakna kerana kami bukan sahaja berpeluang melihat sendiri perbezaan budaya, bahasa dan kepercayaan sebahagian besar masyarakat di sini. Selain daripada itu, tidak sahlah pengembaraan ini jika tidak merasai sendiri makanan yang diinspirasikan sendiri oleh masyarakat Thailand yang beraneka dan enak.
Pengalaman tuk-tuk yang pertama. |
Pada hari pertama setelah tiba di Don Muang International Airport, kami terus menaiki mini bas menuju ke hotel yang telah di tempah secara online di Prince Palace Hotel lokasinya terletak di Damrongrak Road dengan kos RM1000 bath (RM100). Mahal bukan? Ini kerana lokasi hotel yang jauh daripada Airport. Sungguh pun, hotel ini menyediakan panorama yang amat mengagumkan selain menyediakan bilik penginapan yang selesa serta mewah tetapi sekiranya anda inginkan percutian budget, saya tidak menyarankan anda untuk membuat tempahan di hotel ini. Memandangkan lokasinya yang agak jauh daripada bandar. Kami membelanjakan kira-kira 200 bath (RM20) untuk sampai ke bandar menggunkan tuk-tuk ataupun teksi. Melainkan sekiranya anda datang bertujuan untuk menikmati suasana tenang, hotel ini mungkin sesuai untuk anda. Hotel view, gambar paling atas kasih 5 bintang. Setiba di hotel, kami segera bersiap dan meneruskan perjalanan menuju ke salah satu pusat membeli-belah terkenal di Bangkok iaitu Siam Paragon. Siam Paragon ini menempatkan koleksi-koleksi barangan berjenama. Maaf, saya bukan tidak berminat tapi tidak mampu. haha
Wajib cuba Coconut Ice-cream. |
Hari ke dua, kami meneruskan pula perjalanan menaiki tuk-tuk ke tren atau MRT untuk membolehkan kami ke Pasar Caktukcak. Pasar ini menempatkan pelbagai barangan cenderamata dengan harga berpatutan. Bagi pelancong Chatukcak ini adalah salah satu tempat yang wajib untuk di kunjungi dan pasar terbuka ini dibanjiri pelancong dari pelbagai negara seperti Korea, China, Eropah mahupun warga Bangkok itu sendiri. Kepelbagaian seni kreatif, lukisan tangan, perhiasan, aneka jenis makanan yang unik dan kraf boleh ditemui di sini. Sungguhpun panas terik dan hilang di dalam ribuan pengunjung namun perjalanan di sini amat merujakan. Setelah puas meronda di kawasan pasar Chaktukcak, perjalanan diteruskan pula dengan menaiki MRT ke Platinum Mall. Salah satu pusat membeli-belah yang terkenal kerana menempatkan premis-premis jualan pakaian dengan harga sangat amat-amat berpatutan. Platinum Mall ini juga terkenal di Bangkok kerana menjual barangan pakaian, aksesori wanita, kasut, barangan kulit dan sebagainya dengan harga borong. Nothing much i can say, memang berbaloi-baloi.
Hari ke tiga adalah hari yang sangat saya nantikan, get ready as early at 6.00 am waktu Bangkok, kami memukan perjalanan menuju ke salah satu Floating Market terkenal di Bangkok yang dikenali sebagai Damnoen Saduak dengan menggunakan perkhidmatan Tour Guide dengan kos sekitaran 1600 bath (RM160). Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan ini? cuba bertanya kepada pemandu teksi, tuk-tuk ataupun gunakan perkhidmatan yang disedikan pihak hotel. Mengambil masa lebih kurang sejam 30 minit untuk tiba ke destinasi, Kami berpeluang merasai sendiri duduk di atas perahu dan membelilah sesuatu di situ. Tidak ada yang menarik sangat pun, tapi pengalaman itu sebenarnya yang berharga. Selesai dengan floating market tadi, kami meneruskan lagi perjalanan ke Elephant Farm. Tidak jauh dari lokasi floating market, Elephant farm ini membolehkan kita melakukan pelbagai aktiviti adventure yang melibatkan binatang identiti Thailand itu sendiri iaitu gajah. Gajah bukan sahaja boleh diberi makan malah boleh ditunggang juga ya. haha tetapi memandangkan harga yang dikenakan untuk aktiviti-aktiviti ini tidaklah begitu berpatutan, makanya kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sahaja di kawasan sekitar dan melihat gajah-gajah tersebut dengan lebih dekat. Konklusinya, gajah dan Thailand tidak dapat dipisahkan.
Tour Guide, kami teruskan pula ke Grand Palace yang menempatkan Istana Rama I, II, III, IV (Raja Thailand pertama hinggalah ke hari ini). Grand Palace atau The Temple of Emerald Buddha. Di sini kami berpeluang memperlajari sedikit-sebanyak berkenaan sejarah kerajaan Thailand, sejarah setiap kuil yang dibina dengan seni bina yang mengagumkan serta diperincikan dengan reka bentuk yang memberi penekanan kepada nilai budaya masyarakat dan kepercayaan mereka. Kuil dibina dengan indah dan mewah melambangkan kekayaan negara ini serta keyakinan mereka terhadap dewa-dewa serta kuasa mutlak Raja yang menakluki kerajaan di Thailand. Impressive!
Hari terakhir, mengambil masa untuk berehat di hotel sementara menunggu masa untuk berangkat ke Don Muang International Airport. Hari akhir, kami menaiki teksi untuk ke Airport dengan kos sekitar RM 60 atau 600 bath.
Many many thanks to @hafizhusin sebab decide to join our vacation dan jadi tour guide selain bg byk informations masa dekat Bangkok. Saya pun sudah mengantuk, malas mahu conclusion, vacation kali ni mmg AWESOME! haha
Selamat malam, bye.. #backtoreality
Comments
Post a Comment