Air Asia Academy

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Selama lebih dua bulan tidak berpeluang bercerita di blog, Alhamdulillah hari ini memanfaatkan sedikit masa berkongsi pengalaman dua bulan menjalani latihan di Air Asia Academy. Jika sebelum ini aku selalu bercerita tentang impian, cita-cita, dan harapan. Syukur kehadrat Allah peluang yang diberikan ini cukup bermakna sekali dalam hidup aku. Inilah bukti Allah mendengar doa-doa hambanya.

Terjun ke bidang penerbangan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sejujurnya, aku sendiri tidak menyangka sesukar ini perjalanan yang terpaksa dilalui untuk menjadi seorang pramugara. Dari situ, aku percaya tidak ada satu perkara pun yang mudah di dunia ini. Apatah lagi sekiranya kita terlalu menginginkannya, pasti kita akan berusaha sehabis baik untuk memastikan kita tidak tersingkir atau disingkirkan. Di sini semua orang berusaha sehabis baik untuk memberikan yang terbaik dengan apapun khudrat yang ada.

Minggu pertama dan kedua cukup merujakan, segalanya bermula dengan keseronokan. Namun, menjadi seorang pramuga bukanlah semata-mata untuk belajar di dalam kelas penampilan diri (grooming class) semata-mata. Malah, lebih daripada itu. Minggu ke tiga dan seterusnya, lebih banyak mencabar keupayaan mental dan memori. Pelbagai perkara sudah mula menghantui fikiran, aku ringkaskan dengan pepatah melayu yang berbunyi "tidur tak lena, makan tak kenyang" dengan bunyi berbeza iaitu "tidur sudah mula tidak lena, makan pun sudah tiada selera". haha.

Pada masa itu, aku tidak menyangka bukan cuma aku yang terfikir "begini sukar rupanya untuk menjadi seorang Flight Attendant?" rupanya rakan seperjuangan ketika itu (Batch Mate 178) turut berkongsi kotak fikir yang sama. Sebagai seorang pramugara/ pramugari banyak perkara yang perlu ada di dalam diri seseorang, bukan sahaja untuk dilihat elok dan baik di hadapan penumpang tetapi lebih daripada itu. Mereka juga perlu mahir mengendalikan pelbagai situasi yang mungkin berlaku di dalam kabin melibatkan kecemasan dan keselamatan dengan penuh keyakinan dan dedikasi.

Setiap orang daripada kami dibekalkan dengan 3 buah manual yang berkaitan dengan teori penerbangan (Aviation), manual berkaitan prosedur keselamatan dan kecemasan, dilatih dengan teori First Aid serta mengaplikasikannya dan banyak lagi kemahiran-kemahiran lain. Ketika ini aku mula berfikir ini bukanlah masa untuk aku berseronok. Aku perlu lebih serius untuk memastikan aku kekal bertahan di sini. Mana tidaknya, markah lulus untuk setiap ujian dan peperiksaan yang wajib di hadapi oleh setiap orang daripada kami ialah 90%. Bayangkanlah pada ketika itu, betapa kerja kerasnya setiap orang yang berada di situ. Semua topik yang diajar perlu dihafal dan difahami dengan sepenuhnya. Dari sinisegala kesungguhan dan kerja keras dapat dilihat. 

Sebulan lebih berat badan aku hilang, makan aku tidak teratur, tidur tidak menentu. Semuanya kerana ini memastikan aku melepasi setiap peperiksaan yang diduduki. Saat ini, apa yang penting adalah kerjasama, sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan (Batch 178) kerana setiap orang daripada kami datang dengan impian sama. Maka, setiap orang saling memahami diantara satu sama lain bagi memastikan tiada sesiapa pun akan kecundang di pertengahan jalan. Ketika ini, kekuatan mental, motivasi diri dan keteguhan jati diri tercabar. Sungguh pun begitu, aku pengang prinsip "tidak undur sebelum berperang". Selagi mana usaha, aku percaya pasti tidak sia-sia.

Syukur kehadrat Allah, segalanya telah dilalui. Sungguh pun sukar, tidak ada perkara yang dapat menghalang kita daripada berjaya sekiranya kita terus berusaha, mengetahui cara untuk menghormati orang lain dan menghargai setiap individu yang berada di sekeliling kita. Selain mengetahui tempat yang betul untuk kita mengadu sekiranya kita mengalami kesusahan hidup. Allah SWT Maha-mendengar dan Melihat serta Maha-Pengasih dan Penyayang.

Pun begitu, perjuangan hidup sebenarnya belum selesai. Masih banyak lagi cabaran yang perlu di lalui terutamanya apabila berada di dalam industri sebegini. Setiap orang krew tidak akan terlepas daripada penilaian kompetensi setiap kali mengendalikan tugas di dalam kabin. Ujian, peperiksaan dan pemeriksaan berperingkat perlu untuk di hadapi bagi menilai keupayaan seseorang krew untuk memastikan mereka peka terhadap aspek keselamatan dan kecemasan, kompeten mengendalikan operasi dalam kabin dan mengetahui peranan sebagai krew terhadap penumpang.


Sekiranya ada kemusykilan atau pertanyaan, sudilah DM dan follow saya di Instagram @theshafik1. Saya akan cuba kongsikan sebanyak mungkin perjalanan karier saya sebagai anak kapal sepanjang 6 tahun ini. Terima kasih atas sebarang pendapat dan sokongan kalian, saya amat menghargainya.





Comments

  1. I'm happy to hear that,kak. U have reached ur dream. Sukses selalu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih krn slalu menyokong kaka. Nnt kaka ke Jakarta ya..

      Delete
  2. Haii.. Sorry to bother u. But how to apply to work with airasia. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantar CV/ Resume @Career airasia.com atau dtg walk in interview.

      Delete
  3. Hai, klau nk apply keje ni, mmg kne bersih drp parut k...klu ade perut dkt kaki, kn pakai sluar pnjang(laki) msti xnampak kn.dye trime x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, code pkaian utk lelaki ialah pkaian formal dan kemas. Cover-lah sebarang parut d bhagian muka dan tangan. Selain tdk btatu. Manakala, perempuan pula akan memakai pkaian formal dengan skirt paras lutut dan tdk berstokin. Sebaik2nya rambut tdk bersanggul.

      Delete
  4. Kiranye kalau saya bnyak parut di bahagian yang boleh dtutup sperti di kaki/tgn, ade peluang ke boleh jadi cabin crew? Btw, sye nie lelaki n teringin sgt nk apply keje ni...sorry for the long comment!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat mana awak rasa awak boleh cover up parut dekat mana2 bahagian, cuba la. Sebaik2nya try interview dlu. Mrk akan cuba advice apa2 yg patut. Sekiranya ada pluang, mgkin mereka akan bg lebih byk positive feedback.

      Delete
  5. This blog is so inspiring. Hi, i just wanna ask u sumtg. All i know is, the min height requiremnt for male is 170. But im only 168cm which is mean im lacking another 2cm more. So is it acceptable for air asia? Thanks for ur answer..

    ReplyDelete
  6. Hai nak tanye boleh ke kalau kita nak tahu nama pramugari dlm airasia...

    ReplyDelete
  7. Hai nak tanye boleh ke kalau kita nak tahu nama pramugari dlm airasia...

    ReplyDelete
  8. Hye..i'm the one who will be training at air asia academy. .ar. .usually,kalau yang baru training tu. .disediakan asrama or diam rumah sewa?

    ReplyDelete
  9. Hye..i'm the one who will be training at air asia academy. .ar. .usually,kalau yang baru training tu. .disediakan asrama or diam rumah sewa?

    ReplyDelete
  10. Hye..i'm the one who will be training at air asia academy. .ar. .usually,kalau yang baru training tu. .disediakan asrama or diam rumah sewa?

    ReplyDelete
  11. HI

    ARE YOU STILL WORKING WITH AIRASIA?

    I NEED TO ASK YOU FEW QUESTION.. PLEASE WHATSAPP ME ON 013 3561488. THNKYOU

    ReplyDelete
  12. Wow great���� Nak tnya ni,Kalau spm English Lulus sja boleh apply tak?BM sya Credit dan ada sijil spm,tpi english sya lulus shja,Dpt tak

    ReplyDelete
  13. utk apply mmg kena ade basic study kat kolej penerbangan ke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Beranilah Ketika Kehilangan.

sehari di Bandung

Disneyland di Hong Kong.