Sudahlah bermimpi, inilah masanya untuk merialisasi.

Dalam kesibukan aku sibuk membuat persiapan untuk meneruskan hasrat mengejar impian aku, aku tahu ramai telah mempertikaikan keputusan yang aku ambil ini. Ada yang kata aku silap mencari jalan dan ada juga yang kata aku tersilap memilih langkah. Hari ini aku percaya inilah masa yang paling tepat untuk aku perjelaskan semuanya agar aku mampu membuktikan bahawa aku tidak membuat keputusan yang salah.

Pertama, inilah saat dan peluang yang telah lama aku idamkan. Pilihan ini tidak datang sebagai tuah, aku berusaha sedaya upaya untuk sampai ke sini. Untuk menjadikan impian ini kenyataan bukannya suatu yang mudah. Tiga kali percubaan aku gagal sehinggalah masa ini, waktu yang benar-benar sesuai aku selangkah lagi untuk mengecapinya. 

Aku akui dalam usia semuda ini, aku masih mahu menikmati kehidupan yang seronok, gembira, dan bahagia. Tetapi keseronokan itu keseronokan yang memberikan pulangan. Justeru itu, aku percaya inilah jalan yang aku pilih membolehkan aku menjalani pengalaman yang mencabar dan memberikan kepuasan melalui keinginanku untuk meneroka dunia. 

Aku tahu, banyak yang terfikir kenapa aku memilih jalan ini. Ada yang tanya "are you wanna be a flight attendant with your degree?". Aku tidak pernah pun mendengar itu sebagai negatif. Aku tidak hairan pun dengan soalan sebegitu. Malahan aku menerimanya dengan cabaran. Aku akan membuktikan yang aku akan mengutip sebanyak-banyaknya pengalaman untuk membantu aku menjadi orang yang berjaya kelak. 

Aku akan membuktikan pilihanku ini tidak sia-sia sedikit pun. Sehinggalah aku berupaya membuktikan pelbagai perkara yang bakal aku pelajari kelak akan membantu aku menentukan masa depan yang lebih baik kelak. Bagi aku jikalau tidak mampu melihat pekerjaan ini sebagai pekerjaan yang memberikan masa depan yang cukup cerah. Anggaplah aku masih lagi sedang belajar dan pelajaran ini akan memberikan manfaat untuk aku mengejar cita-cita aku yang seterusnya. 

Anda perlu ketahui, aku melihat semua ini sebagai satu peluang dan Allah telah memakbulkan mimpi aku ini pada masa yang sangat tepat. Tidak banyak orang akan berpeluang merasai pengalaman ini. Inilah saatnya, sebelum aku terlambat dan menyesal dikemudian hari. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian itu tidak pernah menggariskan tarikh luput. Tapi angka usia aku ini akan semakin bertambah dan peluang ini sewajarnya direbut. 

Aku percaya, akan ada banyak peluang lain yang menunggu selepas ini. Ijazah yang akan aku kepilkan dengan seberapa banyak pengalaman yang ada ini pasti akan menjadi lebih bernilai. Aku yakin dengan percaturan ini. Hari ini, pelbagai sektor pekerjaan, melihat pengalaman sebagai asas utama dalam membina "soft skill" seseorang. Makanya, aku memilih jalan ini sebagai cara terbaik aku menimbah seberapa banyak pengalaman dan ilmu untuk masa depan yang lebih baik sekiranya Allah panjangkan lagi usia. Sebagaima kita tahu, kita hanya merancang, Allah swt penentu segalanya.

Akhir sekali, aku titipkan rasa syukur kehadrat Yang Maha Esa atas peluang yang berharga ini. Kepada ibubapaku yang selalu menjadi tulang belakang walau apapun yang terjadi, sungguhpun terpaksa akur di dalam pilihanku ini. Aku pohon restu keluarga semua. Buat sahabat-sahabat yang selalu menjadi penyokongku, jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya. 

P/S: Jenno, Andi Japida, Shahbudin, Jumrat, Mitty, Maxi, Kak Ros, Pajet, Kak Ayu & Abg Hud, Erlina, Samsuria, Rinna, Kak Liza, Umie, Mak Neyna dan yang lain-lain. Terima kasih sbb slalu menyokong aku. 

Jen, thanks ko yg paling xjemu update pasal interview wlupun aku slalu fail. Haha 

AJ, ko prna temankan aku pg walk in interview wlupun fail ko ttp bg aku smangat. 

Mamy max, Sam, dont give up okay! Please cuba lg. u got potential, keep on trying sampai dapat. InsyaAllah msti confident. 

Wish me all the best. There's a lot of challenge lg i have to facing with. So, nnt i update lg k. Bye! Assalammualaikum. 

Comments

Popular posts from this blog

sehari di Bandung

Mengejar Mimpiku Bersama Airasia

Disneyland di Hong Kong.