Mengejar Mimpiku Bersama Airasia
Assalammualaikum..
Sudah cukup lama juga saya tidak meng-update blog ini. Alhamdulillah, hari ini terasa ingin pula saya
mencoretkan sesuatu di laman ini. Pertama sekali, saya ingin berkongsi rasa
kesyukuran saya kehadrat ilahi kerana tahun akhir pengajian saya telah lama
selesai dan saya akan bergraduasi pertengahan bulan hadapan. Kedua, saya ingin
berkongsi kepada ada perjuangan saya dalam mengejar impian saya sebagai
pramugara Airasia yang masih belum kesampaian.
Sekiranya anda pernah membaca coretan saya ketika penerbangan
pertama saya bersama Airasia pada tahun 2010, di mana ketika itu saya berada di
tingkatan 6. Saya pernah memberitahu anda pengalaman saya terbang bersama
Airasia ke Jakarta mengikuti Program Lawatan Sambil Belajar sekolah. Anda ingin
tahu, impian itu sebenarnya tidak pernah padam. Sehingga ke hari ini saya masih
lagi menyimpan impian tersebut di dalam hati yang terdalam.
Berkongsi pengalaman saya menghadiri temuduga Airasia cukup banyak
membantu mematangkan diri saya untuk berinteraksi secara profesional. Setakat ini
saya telah menghadiri sebanyak 3 kali temuduga yang sama. Keinginan dan hasrat
saya ini saya kongsikan dengan keluarga dan mereka sentiasa menyokong serta
mendorong saya di dalam mengejar matlamat itu. Sungguhpun begitu, usaha yang
saya lakukan masih lagi gagal sehingga kali yang ketiga. Tetapi semangat itu
tidak pernah padam.
Pertama kali saya menghadiri temuduga yang di jalankan di Pejabat
Airasia, Terminal 2 Airasia, saya telah dipertemukan dengan 2 orang penemuduga
yang amat baik pada pandangan saya. Kedua-duanya wanita. Sebelum itu, untuk
pengetahuan anda pada malam sebelum saya menghadiri temuduga saya sedikit
sebanyak telah melakukan persediaan rapi berkenaan apa yang akan saya pakai,
bagaimana saya akan memperkenalkan diri dan sebagainya. Sungguhpun saya masih
di tahun 3 semester ke 5 dan hanya tinggal 1 semester untuk menghabiskan
pengajian saya. Tetapi saya tidak pernah terfikir untuk datang ke temuduga ini
dengan sia-sia. Justeru itu, persediaan rapi saya lakukan untuk memastikan
penemuduga melihat kesungguhan saya.
Berbekalkan ketinggian 172cm, berpakaian formal lengkap, persediaan asas yang mencukupi dan keyakinan bertutur dalam berbahasa
Inggeris saya datang ke temuduga tersebut pada pukul 11 pagi. Syukur, pemeriksaan
dokumen dan pemeriksaan ketinggian (stage 1 dan stage 2) saya lepasi. Namun,
masih ada lagi aras lain yang perlu saya tempuhi iaitu aras yang akan mengukur
kebolehan bahasa Inggeris saya dan juga kelancaran di dalam membaca pengumuman.
Bercerita ketika sesi temuduga di jalankan, saya telah ditanya
berkenaan latar belakang personal, pendidikan dan keluarga. Selepas itu, saya
di kehendaki untuk membaca pengumuman yang disediakan di atas meja. Ketika itu,
saya berasa agak tenang dan dapat mengawal perasaan yang gementar dengan amat
baik. Pun begitu, saya disarankan oleh penemuduga untuk kembali menyambung
pengajian saya di UMS. Sejujurnya saya amat kecewa tetapi masih lagi menyimpan
setiap bait-bait perkataan yang diutarakan oleh kedua-dua penemuduga tersebut
yang mana saya masih mengingati nama yang tertulis di atas poket kanan baju
penemuduga itu ialah Yana.
Yana seorang yang amat baik daripada pengamatan saya kerana beliau
telah berjaya memberikan saya semangat dan kekuatan untuk menyimpan cita-cita
ini. Saya masih ingat beliau berkata kepada saya dengan penuh hemat. “Shafik, now I won’t talk like an interviewer, I wanna talk like your sister. We want you
to be a part of us. But, you have to finish your study first”. Itulah kata-kata
beliau. Apabila saya mengatakan berkenaan peluang, beliau menyambung. “Yes, ill going to give you chance once you finish
your study”. Banyak sebenarnya yang beliau telah katakan pada ketika itu,
beliau turut bercerita berkenaan pengalamannya semasa mengendalikan krew-krew
kabin yang mana boleh saya jadikan tauladan untuk meneruskan impian ini.
Sejak dari itu, saya tidak pernah mati untuk bermimpi terbang
bersama Airasia. Temuduga kedua, saya telah datang ke lokasi temuduga tanpa
sebarang harapan untuk terpilih. Hal ini kerana saya masih lagi menjalani
praktikal di salah sebuah institusi pendidikan vokasional. Pun begitu, tujuan
utama saya menghadiri temuduga ini adalah bagi memastikan I’ll never miss the chance. Disamping menyimpan kata-kata Miss Yana
dan rakanya “Yes, This is the spirit what
we want” dengan serentak apabila saya mengatakan “I’ll be back” selepas temuduga di jalankan pada sesi lepas. Pada
masa yang sama, saya sememangnya tahu yang saya tidak akan di pilih
memandangkan wajah saya baru sahaja sembuh daripada kesan jerawat. Mungkin disebabkan
kualiti tidur dan pemakanan yang tidak konsisten untuk persediaan ke semester
akhir. Seperti yang saya jangkakan, hal itu telah ditegur oleh penemuduga pada
hari tersebut.
Kali ketiga temuduga yang saya hadiri. Saya telah melakukan
persediaan 2 minggu daripada hari tersebut. Mujur hal berkenaan temuduga itu
telah dimaklumkan oleh kawan baik saya. Atas harapan yang besar dan keinginan
yang tinggi. Saya telah melakukan persediaan mental dan fizikal. Harapan saya
cukup besar. Pun begitu, saya turut meletakkan sedikit persediaan mental dengan
bahan-bahan yang positif sekiranya temuduga ini masih lagi gagal. Itulah
hakikatnya, temuduga yang saya hadiri masih juga gagal. Sejujurnya, saya tidak
pernah berasa patah hati sungguhpun amat kecewa. Kali ini isu yang telah
menyebabkan saya gagal ialah disebabkan parut kecil yang telah lama di sebelah
kiri mata saya. Penemuduga yang saya pasti berbangsa India tetapi tidak saya
ingati nama beliau mengatakan kepada saya hal ini “I like the way your thought, I like your style, but the way your thought
that you will get a better job than”. Sungguhpun saya telah menjelaskan
kepada beliau dengan sedaya upaya saya sehingga saya memujuk beliau dengan
berkata “sir, please give me this chance.
This is what I want sir”.
Di akhir kata-kata beliau “whatever
happened you have to take it positively”. Saya cukup kecewa. Kekecewaan itu
mungkin muncul apabila teringat akan dugaan-dugaan yang terpaksa saya hadapi
untuk sampai ke lokasi temuduga dan parut tersebut mungkin tidak akan
memberikan saya peluang lagi untuk selamanya. Pada ketika itu, saya cukup
bersungguh-sungguh. Saya dikehendaki untuk menyanyi di hadapan calon-calon yang
lain. Walaupun terkejut dengan kehendak tersebut tetapi apa yang terpancul dari
bibir saya ialah “anything for Airasia”.
Saya mengambilnya dengan positif. Saya merasakan ini mungkin belum lagi rezeki
saya dan saya perlu berusaha lebih lagi pada masa akan datang.
Walaupun sudah kali yang ke tiga saya gagal dalam temuduga ini,
cinta saya, minat dan kesungguhan saya tidak pernah padam. Saya sentiada
bersedia daripada pelbagai aspek terutamanya penjagaan diri. Saya akan
membuktikan suatu hari kepada Airasia bahawa saya benar-benar ingin terbang
bersamanya kerana cinta saya yang mendalam kepada Airasia. Saya akan sentiasa
berusaha merebut peluang sekiranya ada,
bukan kerana saya tidak mempunyai pilihan lain di dalam pekerjaan. Tetapi perkara
yang paling utama di dalam diri saya ialah kepuasan apabila saya dapat mengejar
impian saya. Paling penting sekali kepuasan bekerja daripada dorongan minat
saya untuk sentiasa berinteraksi dengan pelbagai variasi masyarakat. Keinginan saya
yang mendalam untuk mengaplikasikan nilai-nilai profesionalisme yang saya ada
ini di dalam melakukan tugas. Pada saya tidak penting segulung ijazah yang saya
perolehi sekiranya saya tidak dapat mencapai kepuasan di dalam pekerjaan yang
saya lakukan.
Begitulah panjangnya coretan saya kali ini. Sungguhpun tidak
sedramatik mana tetapi moga ia memberikan manfaat kepada kita semua di dalam kita
mencapai self-esteem yang tertinggi. Daripada
itu, bersama-samalah kita mendoakan kejayaan kita di masa hadapan kelak. Insyallah..
Sekiranya ada kemusykilan atau pertanyaan, sudilah DM dan follow saya di Instagram @theshafik1. Saya akan cuba kongsikan sebanyak mungkin perjalanan karier saya sebagai anak kapal sepanjang 6 tahun ini. Terima kasih atas sebarang pendapat dan sokongan kalian, saya amat menghargainya.
Sekiranya ada kemusykilan atau pertanyaan, sudilah DM dan follow saya di Instagram @theshafik1. Saya akan cuba kongsikan sebanyak mungkin perjalanan karier saya sebagai anak kapal sepanjang 6 tahun ini. Terima kasih atas sebarang pendapat dan sokongan kalian, saya amat menghargainya.
Rasa tersentuh pula baca post ni..
ReplyDeletemmg smngat yang tggi untuk bgelar pramugara yer.. dah brpa kali apply kat airasia., ttp dgn kputusan yg sama.
Kan ada banyak lg airline kat malaysia selain airasia? Napa tak apply MAS ker, Maswing ker.. klu x slap saya ada eaglexpress lagi.. cuba lah appy kat airline yg lain pula.. sapa tau dapat.
semasa temuduga tu mesti fluent ker nak cakap bhasa inggeris? Sbnarnya biasa2 je kann? Asal boleh cakap , tak gtu?
Alhamdulillah dah jadi crew dekat Air Asia. 😂
Deleteafter 3 kali cuba awak dah jadi crew Air Asia?
DeleteI failed at the 1st interview & feel so hopeless, they said I have to improve in grooming part & try for the next interview.Maybe I not do my hair...
ReplyDeleteInsyaAllah hadir interview sabtu ni di Senai International Airport. My heart divided. Borrow me your spirit sebab hati saya tak sekental awak.
ReplyDeleteAssalammualaikum...
ReplyDeleteTahniah atas kekentalan awak. Mungkin kerana itulah Allah kabulkan hajat awak. Semoga jumpa nanti dalam DRST class. I will be your instructor