Kerana Ku Masih Bernyawa.

Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera rakan-rakan blog sekalian. Agak lama blog saya ini tidak dikemas kini. Alhamdulilla pada malam ini, Allah swt memberikan sedikit kekuatan untuk meneruskan lagi hasrat hati untuk menghidangkan anda sekalian dengan wacana yang mungkin sedikit membosankan namun diharapkan agar anda-anda sekalian mendapat manfaat dan imput berguna dalam kita berkongsi seribu satu ceritera di pentas dunia ini.

2011 bergerak pantas. Walaupun banyak dugaan dan hadangan terpaksa dirempuh demi mengejar cita-cita dan impian namun meninggalkan tahun itu seakan-akan api yang masih lagi marak membara tapi terpaksa dipadamkan. Masih terlalu awal rasanya untuk mengatakan selamat tinggal kepada tahun bermakna itu. Meski jalanan untuk tahun 2012 terbentang luas dihadapan tapi derita luka yang dilalui sepanjang laluan berliku yang lalu masih belum bertemu penawarnya.

Perjalanan yang aku lalui tidak seindah mana. Mungkin banyak manusia lain yang mengecapi bahagia, menjulang kejayaan, menjulang mimpi jadi kenyaatan dan sebagainya. Kesakitan demi kesakitan aku tempuhi. Meskipun, ia sebenarnya mengajar kita mendewasakan diri tapi kadangkala kita seringkali kecewa akan takdir yang terpaksa kita jalani. Apapun juga yang kita hadapi sebenarnya tidak pernah dipersiakan. Semuanya mempunyai makna yang tersendiri. Cuma kita perlu bersabar dan terus berjuang meniti kehidupan yang kita impikan.
Adapun kekecewaan demi kehampaan kunjung tiba, tidak pernah melumpuhkan semangat juang. Kita hanya perlu menggunakan kuasa kewarasan hati dan kekuatan tekad untuk merentasinya. Jangan putus asa. Tapi jangan pula terlupa, sebagai manusia kita dihadirkan dengan batasan-batasan kita. Maka, berjuang. Jangan pernah mengalah kerana hidup ini sangat dramatik. Seperti bumi, terus berputar dan berputar. Selagi kita berusaha ada habuannya. Sekiranya berjaya, syukur Alhamdulillah. Tetapi jika gagal, jangan berduka tapi bangkit menilai kekurangan diri dan mencari formula yang lebih baik dari sebelumnya.

Sungguh pun kadang-kadang muncul manusia tidak diundang dalam kehidupan memperlekeh, memperkolot dan membawa malapetaka kedalam hidup kita. Kita perlu akur bahawa kehidupan ini memerlukan perwatakan seperti itu. Jika tidak, maka akan mendatarlah jalan cerita hidup kita. Sebagai manusia yang mempunyai kewarasan akal dan kekentalan rohani jangan pernah sekali pun meletakkan diri sebagai lemah kerana kesabaran itu tidak pernah berbatas. Jika sabar kita hilang dan menyebabkan kita bertindak melampaui rasional itu adalah kerana silap kita sendiri. Kita sendiri yang telah membataskan diri dengan kesabaran dan meletakkan itu sebagai alas an untuk berkelakuan luar pemikiran.

Rakan-rakanku, jangan mudah berasa gagal. Aku seringkali mengejar impian. Kadangkala, aku dihadirkan dengan kekecewaan. Tapi kerana keinginan yang mendalam, aku teruskan sehingga aku tidak pernah merasa menyesal. Aku mencari-cari apakah yang sebenarnya aku miliki. Berlari-lari mendapatkan sesuatu yang aku ingini. Walaupun sukar tapi setidak-tidaknya aku tidak pernah merasa gagal dan putus asa. Sungguhpun yang ada di kiri dan kananku pahlawan yang dijulang dan aku kelihatan kolot tapi tidak mengapa. Walaupun pulang dengan tangan kosong tapi didada berbekalkan semangat yang senentiasa membara.
Aku mulakan lembaran 2012 denga penuh keazaman. Segala kenangan dan peristiwa kita simpan rapi dalam seketul daging hati. Meneruskan apa yang belum dikecapi dan tekad untuk berusaha sehingga kehujungnya. Mungkin apa yang orang lain ada bukan jalan yang betul untuk kita ikuti. Tapi sekurang-kurangnya kita belajar sesuatu yang berharga untuk kehidupan yang lebih bermakna. Jangan pernah membandingkan diri kita dengan orang lain, apatah lagi memnyebabkan diri sendiri merana kecewa kerana kita dilahirkan istimewa. Asalkan kita terus berusaha mencari dan terus mencari potensi diri.

Ketika orang lain sedang berjalan, apakata kita berlari. Ketika orang lain sedang berlari, kita lebih pantas memecut kehadapan”. Untuk berjaya kita perlu membina inspirasi. 

Comments

Popular posts from this blog

Beranilah Ketika Kehilangan.

sehari di Bandung

Disneyland di Hong Kong.