Sabah Tea, Ranau - Komunikasi korporat Trip

Tempat penginapan selain rumah panjang.
Puncak Gunung Kinabalu
@Tea House bsama rakan seperjuangan
Dalam subjek elektif Komunikasi Korporat kami diminta untuk mengkaji organisasi yang kami sukai dan membentangkannya mengikut ketetapan. Lantaran itu, kami sepakat memilih Sabah tea sebagai kajian korporat buat pertama kalinya bergelar mahasiswa. Bersama-sama dengan 3 orang rakan seperjuangan, aku teruja menikmati perjalanan yang panjang dan menyeronokkan. Untuk pengetahuan anda, Sabah Tea merupakan lokasi penanaman tea terbesar di rantau ini, berikutan faktor goegrafi dan iklimnya yang amat sesuai untuk pertumbuhan pokok-pokok tea. Berkeluasan 6200 hektar dan berketinggian 2272 di atas permukaan laut. Desa Tea iaitu sebahagian daripada syarikat kelolaan Sabah tea, mempunyai ladang yang berkeluasan kira-kira 1000 hektar. Tea Garden yang juga sebahagian daripada Sabah Tea telah mengadakan usaha sama dengan 'Tourism Malaysia' untuk mempromosikan kawasan ini kepada pelancong  dalam dan luar negeri. Tea Garden bukan sahaja sebuah kawasan riadah dan pelancongan malah, menyediakan pakej lengkap kepada pelancong merangkumi penginapan yang selesa dan tradisional seperti rumah panjang. Selain, menyediakan hidangan makanan segar yang berkhasiat dan menepati citarasa tetamu(pelanggan). Ranau dan kundasang yang mana lokasi bagi Sabah Tea ini merupakan tempat percutian dan riadah yang paling ideal sekali bagi jiwa yang inginkan suasana aman, udara segar dan kedinginan yang sejati. Keluar dari kesesakan kota dan ksesibukan harian ke tanah tinggi yang menghijau, hutan hujan tropika. kehadiran kami di sini buakn sahaja memberikan  kepuasan tetapi merupakan pengalaman berharga buat seorang rakan sekajian kami yang berasal daripada Ipoh, Kuala Lumpur. perjalanan ini merupakan titik pemula baginya menjelajahi negeri indah di Bawah Bayu kebanggaan kita ini. Semakin panjang perjalan semakin tinggi bukit didaki. Syukur kenderaan yang aku pandu masih lagi gagah menyusuri jalan. Tambahan pula, panorama indah gunung kinabalu berselimutkan kabus yang gah di puncaknya semakin dijejaki. Terasa amat ia bagaikan lukisan alam terindah ciptaan yang esa. Meski aku sudah datang ke sini berkali-kali, namun rasa bosan tidak sekali pun aku paparkan pada gambaran senyumku, yang pasti, aku amat teruja berada di sini kerana suasana ini memberikan kepuasan kepada jiwaku yang mengagumi keindahan. Inilah dia alam kurniaan Allah SWT bukti kekuasaannya, buat santapan pancaindera.

Comments

  1. salam.nk tnya.komunikasi korporat susah x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, subjek ni mengukur pengetahuan am kita. jd perbanyakkan maklumat2 yg bkaitan dengan isu-isu korporat di negara kita. Paling baik sekiranya dpt selitkan beberapa nama org2 korporat yg terkenal d negara kita mcm Tan Sri Tony Fernandes ka dsbn.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

sehari di Bandung

Mengejar Mimpiku Bersama Airasia

Disneyland di Hong Kong.