Seminggu di Jakarta
"Selamat Datang ke lapangan terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta" cukup manis menggambarkan betapa gembiranya sekumpulan pelajar yang datang jauh dari sempadan Malaysia ke Republik Indonesia. Ada yang merasakan agak mustahil sebenarnya dapat menjejakkan kaki di tempat orang, apatah lagi tempat yang jauh bersempadankan lautan. Terima Kasih sekolahku SMK Sikuati, Kudat. Inilah yang dikatakan mimpi jadi rialiti. Menikmati sosiobudaya masyarakat lain yang agak berbeza ras dan mentalitinya pasti akan menjadi sejarah bermakna dalam kehidupan. Rasa seronok yang teramat sekali sepanjang lawatan ini, tatkala dapat berkongsi pengalaman bersama teman-teman. Pastinya tidak akan padam dari ingatan. Peluang sebegini membawa kami memahami tiada yang mustahil dalam hidup dan kami sangat bertuah kerana telah diberikan peluang untuk terlibat dalam lawatan sambil belajar ini. Bak slogan komersial Air Asia "everyone can fly", kami juga telah terbang bersama impian dan tekad. Lawatan sambil belajar ini telah menjadi pengalaman besar serta inspirasi dalam memahami sosiobudaya masyarakat lain.
Kami amat teruja bukan sahaja kerana sangat gembira tetapi dapat meluaskan lagi pengetahuan tentang sejarah dan geografi manusia. Berinteraksi dengan masyarakat Indonesia meski pun dari aspek komunikasi, dialeg bahasanya sedikit berbeza namun banyak memberikan kami inspirasi dalam memahami situasi, mendekati budaya dan mengenali masyarakat luar. Di sana juga kami menjaga tatasusila sebagai pelawat khususnya sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan budibahasanya yang tinggi. Tambahan pula, bermaknanya pengalaman untuk dikongsi apabila dapat menikmati sosioekonomi, sedikit sebanyak politik dan sosial masyarakat Indonesia yang jelas amat berbeza dengan negara kita. Justeru, kami percaya setiap perkara ada pro dan kontranya. Yang pasti, kami bukan sahaja berpeluang menggunakan bahasa yang biasaya Melayu dialeg Indonesia tetapi dapat mempelajari banyak perkara lain yang lebih penting dari itu.
Hari ke 6 telah mengakhiri lawatan ini, meski masa cukup mencemburi kami, namun banyak pengalaman yang dapat ditimba sepanjang seminggu di Jakarta. Dalam pada menikmati lawatan yang cukup bermakna pasti ada tragedi yang tidak dapat dilupakan. Ketika berada di Lapangan Terbang Terminal II Kota Kinabalu ramai dalam kalangan kami masih berdialog dalam dialeg Indonesia. Hal ini cukuo melucukan ketika salah seorang daripada kami menggunakan perkataa 'permisi pak' kepada salah seorang crew di lapangan terbang tersebut dan rasa hairan crew tersebut membuatkannya tersenyum sinis. (+_~)
happy la nie kan..huhuhuhuh...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete