Naik tuk-tuk di Bangkok.
Salam semua, Di dalam pengkongsian kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda pengalaman 4 hari 3 malam di kota metropolis Bangkok, Thailand. Perjalanan dengan persiapan ringkas dan saya hanya menetapkan beberapa matlamat untuk berkunjung ke kotaraya Bangkok. Pertama saya ingin melawat ke mana-mana temple yang menarik di Bangkok. Kedua, saya ingin merasai sendiri pengalaman berada di atas boat menyaksikan urusan membeli-belah dilakukan di floating market . Instagram: @zara_licious, @hafizhusen, @mdshafik, @nifertitiolivia, @mierahambrose Syukur alhamdulillah, peluang berada di Bangkok tidak disia-siakan. Apa yang dihajati berjaya di lunaskan. Bagi pengetahuan anda semua, pengembaraan kali ini saya ditemani oleh 3 orang gadis-gadis cantik di bawah bayu dan seorang abang handsome jauh terbang dari bumi kenyalang. Hehe Pengalaman ini cukup bermakna kerana kami bukan sahaja berpeluang melihat sendiri perbezaan budaya, bahasa dan kepercayaan sebahagian besar ...