Posts

Showing posts from February, 2014

Sudahlah bermimpi, inilah masanya untuk merialisasi.

Image
Dalam kesibukan aku sibuk membuat persiapan untuk meneruskan hasrat mengejar impian aku, aku tahu ramai telah mempertikaikan keputusan yang aku ambil ini. Ada yang kata aku silap mencari jalan dan ada juga yang kata aku tersilap memilih langkah. Hari ini aku percaya inilah masa yang paling tepat untuk aku perjelaskan semuanya agar aku mampu membuktikan bahawa aku tidak membuat keputusan yang salah. Pertama, inilah saat dan peluang yang telah lama aku idamkan. Pilihan ini tidak datang sebagai tuah, aku berusaha sedaya upaya untuk sampai ke sini. Untuk menjadikan impian ini kenyataan bukannya suatu yang mudah. Tiga kali percubaan aku gagal sehinggalah masa ini, waktu yang benar-benar sesuai aku selangkah lagi untuk mengecapinya.  Aku akui dalam usia semuda ini, aku masih mahu menikmati kehidupan yang seronok, gembira, dan bahagia. Tetapi keseronokan itu keseronokan yang memberikan pulangan. Justeru itu, aku percaya inilah jalan yang aku pilih membolehkan aku menjalan...