Mengejar Mimpiku Bersama Airasia
Assalammualaikum.. Sudah cukup lama juga saya tidak meng- update blog ini. Alhamdulillah, hari ini terasa ingin pula saya mencoretkan sesuatu di laman ini. Pertama sekali, saya ingin berkongsi rasa kesyukuran saya kehadrat ilahi kerana tahun akhir pengajian saya telah lama selesai dan saya akan bergraduasi pertengahan bulan hadapan. Kedua, saya ingin berkongsi kepada ada perjuangan saya dalam mengejar impian saya sebagai pramugara Airasia yang masih belum kesampaian. Sekiranya anda pernah membaca coretan saya ketika penerbangan pertama saya bersama Airasia pada tahun 2010, di mana ketika itu saya berada di tingkatan 6. Saya pernah memberitahu anda pengalaman saya terbang bersama Airasia ke Jakarta mengikuti Program Lawatan Sambil Belajar sekolah. Anda ingin tahu, impian itu sebenarnya tidak pernah padam. Sehingga ke hari ini saya masih lagi menyimpan impian tersebut di dalam hati yang terdalam. Berkongsi pengalaman saya menghadiri temuduga Airasia cukup banyak membantu memat...