Posts

Showing posts from January, 2012

Kerana Ku Masih Bernyawa.

Image
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera rakan-rakan blog sekalian. Agak lama blog saya ini tidak dikemas kini. Alhamdulilla pada malam ini, Allah swt memberikan sedikit kekuatan untuk meneruskan lagi hasrat hati untuk menghidangkan anda sekalian dengan wacana yang mungkin sedikit membosankan namun diharapkan agar anda-anda sekalian mendapat manfaat dan imput berguna dalam kita berkongsi seribu satu ceritera di pentas dunia ini. 2011 bergerak pantas. Walaupun banyak dugaan dan hadangan terpaksa dirempuh demi mengejar cita-cita dan impian namun meninggalkan tahun itu seakan-akan api yang masih lagi marak membara tapi terpaksa dipadamkan. Masih terlalu awal rasanya untuk mengatakan selamat tinggal kepada tahun bermakna itu. Meski jalanan untuk tahun 2012 terbentang luas dihadapan tapi derita luka yang dilalui sepanjang laluan berliku yang lalu masih belum bertemu penawarnya. Perjalanan yang aku lalui tidak seindah mana. Mungkin banyak manusia lain yang mengecapi bahagia, menjulang keja...