Posts

Showing posts from October, 2010

Sabah Tea, Ranau - Komunikasi korporat Trip

Image
Tempat penginapan selain rumah panjang. Puncak Gunung Kinabalu @Tea House bsama rakan seperjuangan Dalam subjek elektif Komunikasi Korporat kami diminta untuk mengkaji organisasi yang kami sukai dan membentangkannya mengikut ketetapan. Lantaran itu, kami sepakat memilih Sabah tea sebagai kajian korporat buat pertama kalinya bergelar mahasiswa. Bersama-sama dengan 3 orang rakan seperjuangan, aku teruja menikmati perjalanan yang panjang dan menyeronokkan. Untuk pengetahuan anda, Sabah Tea merupakan lokasi penanaman tea terbesar di rantau ini, berikutan faktor goegrafi dan iklimnya yang amat sesuai untuk pertumbuhan pokok-pokok tea. Berkeluasan 6200 hektar dan berketinggian 2272 di atas permukaan laut. Desa Tea iaitu sebahagian daripada syarikat kelolaan Sabah tea, mempunyai ladang yang berkeluasan kira-kira 1000 hektar. Tea Garden yang juga sebahagian daripada Sabah Tea telah mengadakan usaha sama dengan 'Tourism Malaysia' untuk mempromosikan kawasan ini ke...