Seminggu di Jakarta
"Selamat Datang ke lapangan terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta" cukup manis menggambarkan betapa gembiranya sekumpulan pelajar yang datang jauh dari sempadan Malaysia ke Republik Indonesia. Ada yang merasakan agak mustahil sebenarnya dapat menjejakkan kaki di tempat orang, apatah lagi tempat yang jauh bersempadankan lautan. Terima Kasih sekolahku SMK Sikuati, Kudat. Inilah yang dikatakan mimpi jadi rialiti. Menikmati sosiobudaya masyarakat lain yang agak berbeza ras dan mentalitinya pasti akan menjadi sejarah bermakna dalam kehidupan. Rasa seronok yang teramat sekali sepanjang lawatan ini, tatkala dapat berkongsi pengalaman bersama teman-teman. Pastinya tidak akan padam dari ingatan . Peluang sebegini membawa kami memahami tiada yang mustahil dalam hidup dan kami sangat bertuah kerana telah diberikan peluang untuk terlibat dalam lawatan sambil belajar ini. Bak slogan komersial Air Asia "eve...