Timur, utara, barat, selatan- Kemana haluan?
Assalammualaikum insan berwawasan, Pengertian, ketulusan dan penghayatan. Saya layangkan yang tersirat bersimpul mati ke dalam ungkapan berbahasa. Burung itu kita, sayap itu kekuatan dan terbangnya itu impian. Setiap daripada kita mempunyai impian masing-masing. Begitulah mudahnya menanam impian dan sukarnya mengejar cita-cita. Impian kita kadangkala jauh sampai ke langit dan ada juga yang hampir untuk digapai dengan tangan. Begitulah saya. Saya percaya, kehidupan ini tidak ada yang mudah kerana segalanya perlu diusahakan. Dunia ini adil, adil sekiranya kita percaya Allah yang merencana segalanya. Melihat yang kita tidak lihat, merancang yang kita tidak rancang dan mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Kerana cuma Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Selama saya mengenali diri, saya tahu saya ini seorang yang degil. Kedegilan ini selalunya saya gunakan untuk meminta-minta kepada Allah untuk memberikan saya peluang. Terasa begitu berhutang kepadaNya. Saya tahu...