Posts

Showing posts from March, 2012

Empat Hari, Tiga Malam di Manila, Republik Philippine.

Image
Alhamdulillah lama menunggu, saatnya tiba. Sehingga ke hari ini banyak peristiwa yang masih segar dalam ingatan. Sejujurnya saya tidak tahu mengapa saya begitu teruja ingin berada di dalam negara ini walaupun banyak daripada kita percaya bahawa negara ini tidak begitu selamat untuk dikunjungi. Pada coretan saya kali ini saya akan cuba mengubah persepsi anda berkenaan negara yang damai ini. disamping berkongsi pengalaman yang menarik sepanjang keberadaan saya di sini. Pemandangan Dari Moa-Eye Sebelum terlupa, terima kasih kepada syarikat penerbangan tambang murah AirAsia. Kewujudan syarikat penerbangan ini sekali lagi berjaya memberikan peluang kepada saya merialisasikan impian saya untuk meneroka perbezaan budaya di negara lain, setelah sebelum ini berkesempatan menjelajah ke Republik Indonesia- Jakarta ke bandung. Hari ini 16 mac saya anggap sebagai tarikh penuh penantian bagi tahun 2012. Lebih menggembirakan saya tidak keseorangan seperti berada di Kuala Lumpur-Langkawi. Bersama...